Friday 5 August 2011

* Pengorbanan Seorang Yang Bergelar Kekasih *

Kisah yang ingin dikisahkan ini, merupakan sebuah kisah luahan perasaan, sedih dan pengalaman seorang lelaki bernama Boyfriend. Saya petik kisah ini daripada sebuah forum semasa tersesat menggoogle isu-isu semasa. Bagi aku, kisah ini patut di ambil iktibar oleh mereka yg hangat dilamun cinta. nak tahu apa kisahnya...? 

"abg...tlg dtg umah segera, urgent". 
Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan. Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang. Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga... Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Inayang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya. Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak.. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh. Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu. Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina.. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis. "Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu. "hu...hu..." " Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi" "Hu..hu" Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apa pun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk mana pun berita yang akan keluar dari mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini. Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim. "Bang, Ina LAPAR, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi. Belanjan Ina dulu, boleh bang" suara Ina lemah sambil tangannya mengusap-usap perutnya sedang berbunyi kelaparan.


-cHa cHa-


Read more...

- cara mengetahui isi hati dan perasaan wanita -



HAHA! assalamualaikum .. lama sudah tidak bersua..gyahaha XD biase aa,bz ngan kije ..belambak bagai BOSS..padahal bawahan jew . @haha Memandangkan d bulan poce nie ramai  yg buhsan2..meyh2 baca entry kamiii....sbb nie,bkaitan tentang haty dan perasaan seorang wanita..LELAKI or PEREMPUAN ...mana2 jak..semua  buleyh baca .. hehe..


---- macamana m0 tau pompuan 2 suka kat s0me1 ----






1 . Even K0rang sudah ada teman istimewa/GF , dia x peduli . dia ttp berharap suatu hari nanti.k0wng jadi milk dye...if xdapat dimiliki pun.dia ttp berharap kowg appy with owg tsayang :)

2 . dia akan kirim SMS/YM/BBM like 'selamat pagi' , 'have fun' , 'selamat tidur' , 'take care' dan lain2


3. Dia ingat tarikh2 penting dalam hidup K0wg :) mcm BIRTHDAY la...setiap kali birthday kowg,dia akan wish tpt jam 12 or yang sama waktu dengannya :))


4. kal0 kowg sakit , dia akan kirim Sms n then dia ask s0mething macam ( sudah makan ubat ? ) n ( macamana hari nie ? ok dah ? ) . kira macam tu la..hehe


5 .owg yang cinta ngan kowg,dia akan bertindak seperti saudara bukan seperti kekasihnya :)


6 . owg yang cnta ngan kowg gak xpernah memaksa kowg tuk memberi sebab or alasan walaupun hatinya betul2 ingin tahu time 2 


7 .if kowng check kat Hp dia,kowg akan nampak SMS kowng yang belambak dr tahun lalu sampai skg dia simpan .


8. time Bercakap kat tepun,dia akan terdiam seketika sampai kowg jadi  binggung . sebenarnya dia time 2 gugup sebab tgah berK0ling Ngan some1 yang dia sayang :)


# OK..tu jew pesanan ena..sm0ga korang lebih paham ttg perasaan sese0rng yg ada d dekat kamu :) 


-ENA-


Read more...

Thursday 4 August 2011

* Cinta *

Pepatah yang selalu kita dengar, seseorang itu akan belajar menghargai hanya bila dia dah kehilangan orang yang dia sayang. Kenapa macam tu ye? Walaupun pepatah ni dah lama tapi sampai sekarang masih dengar banyak cerita yang serupa. Bercakap soal perasaan, takkan ada siapa pun akan menemukan jawapan yang selayaknya kita mahukan. Kerana manusia itu fitrahnya mudah lupa dan lalai walaupun berhadapan dengan satu satunya insan yang paling kita tak dapat hidup tanpanya ketika ini.
Manusia mudah ego bila malu untuk berdepan dengan perasaan sendiri. Jadi di mana nilai cinta dan kasih sayang? Cinta selayaknya dilafazkan bukan disimpan. Ada yang kata lebih baik diam, tapi kalau diam itu meleret kepada tekanan perasaan yang amat teruk macam mana pulak. Jangan pandai menghukum kalau kita sendiri tak tahu macam mana rasanya memendam perasaan! Hati kita sangat halus walaupun ia kental.
Bila kita kehilangan, baru kita akan tahu erti cinta yang sebenarnya. Kita mungkin boleh ego depan dunia, tapi kita akan kalah saat kita berseorangan dalam sunyi. Mengaku je lah! Takkan ada manusia yang mampu melawan kuatnya rasa hati yang sedang mencintai. Kerana cinta adalah anugerah teragung yang Allah berikan supaya kita padamkan perasaan benci dan kekejaman dalam hati kita. Bila ada cinta, itu maknanya kita tahu menjaga anugerah yang Allah bagi.
Sakitnya kehilangan, sesiapa pun takkan mengerti melainkan kita sendiri, jadi jagalah si dia dengan sepenuh daya kita. Dia mungkin akan bersabar dan menurut semua karenah kita, dia mungkin akan bertahan kerana dia mencintai kita, tapi bila kesabarannya dah habis? Bila dia dah tak dapat bertahan lagi? Satu satunya cara untuk kita terus memiliki dia adalah kita berikan 
cinta untuknya sepenuh hati, bukan berbelah bagi.

-cHa cHa-


Read more...

Template by:

Free Blog Templates