Wednesday 7 September 2011

10 Faktor Membuat Lelaki Mandul


1. Gangguan genetik 
Sebuah mutasi genetik boleh menghilangkan lapisan karbohidrat sekitar sperma sehingga mengurangkan pergerakannya. Jika laki-laki mewarisi dua mutasi genetik dari ibu dan ayahnya, maka keadaan ini akan membuatnya sukar menghamili pasangan.
2. Obesiti
Memiliki tubuh gemuk atau pun kelebihan berat badan membuat tubuh menjadi tidak sihat sehingga menjejaskan fungsi dari setiap sel yang ada di dalam tubuh termasuk sperma.
3. Pekerjaan 
Beberapa pekerjaan boleh mempengaruhi jumlah sperma seperti seperti pelukis, pengimpal, pembina, pemandu dan beberapa pekerjaan pejabat yang terlalu banyak duduk kerana membuat suhu di skrotum meningkat.
4. Penyalahgunaan alkohol 
Laki-laki yang menjadi seorang penagih alkohol akan mempunyai sel-sel normal yang 30 peratus lebih sedikit di dalam air maninya.
5. Masalah seksual 
Beberapa gangguan seksual yang dimiliki oleh laki-laki seperti pancutan pramatang atau disfungsi ereksi boleh membuat laki-laki sukar membuahi sel telur perempuan.
6. Merokok 
Salah satu kesan negatif yang terbesar yang mungkin dirasakan oleh laki-laki perokok adalah pergerakkan sperma.
7. Kekurangan gizi 
Untuk memiliki sperma yang sihat, maka diperlukan pengambilan zat gizi seperti vitamin C, zink, vitamin E dan beta karotena yang cukup.
8. Terdedah zat beracun 
Sering terdedah kepada zat beracun seperti yang terkandung dalam racun perosak atau cat timbal boleh merosakkan sperma.
9. Menggunakan ganja atau dadah 
Laki-laki yang menggunakan dadah seperti ganja atau yang lain boleh mengurangkan jumlah dari sperma dan isipadu air mani yang dimilikinya.
10. Sering memangku laptop 
Jika sering menggunakan laptop, sebaiknya diletakkan di meja atau menggunakan pelapis, kerana memangku laptop boleh meningkatkan suhu di skrotum yang mempengaruhi kualiti dari sperma.



*cHa cHa*


Read more...

Template by:

Free Blog Templates